Azusagawa Tsukino
Digit di bahagian bawah-kanan skrin menunjukkan 23:40 menandakan Malaysia sudah menghampiri suasana tengah malamnya. Walaupun sudah jauh meninggalkan senja namun kehangatan pada hari siang sebelumnya masih terasa di sekitar ruang bilikku. Kipas KDK yang kuterima percuma dari kakakku deras menolak angin terus ke mukaku yang bercerminkan monitor LG T710SH ini, masih tidak cukup memberi kedinginan kepadaku. Aku berasa panas bukan sahaja disebabkan suhu bilikku yg agak tinggi, malah aku berperasaan murung di ketika ini.
Diganggu. Dibuli. Dikalahkan.
Diganggu ketika aku masyuk menonton episod terakhir Kamen Rider Den-O, diajak bermain DotA.
Dibuli teruk ketika bertarung dengan segolongan watak yang begitu kuat sehinggakan aku tak mampu berbuat apa-apa.
Dikalahkan atas ketidak-hati-hati-an aku dah rakan seperjuanganku yang tidak mampu tapi masih cuba berusaha mempertahankan pangkalan utama kami dari diserang kumpulan yang sebegitu kuat membuli kami.
Sejurus kalah, aku terus keluar dan kembali menonton aksi Momotaros dalam Kamen Rider Den-O dengan perasaan yg agak muram dan hati yg gundah gelana. Ditambah lagi dengan penamatan ceritanya yang agak mengecewakan, aku semakin menambahkan amarah rasa diri terhadap segala apa di sekelilingku. Namun, di atas kewarasan aku dan perangaiku yang suka memendam perasaan emosionalku, aku cuba bertenang dan cuba melapangkan fikiranku.
Kududuk diam, mataku tertutup, sambil merasa angin melanggar permukaan kulit muka tuannya. Kesunyian tengah malam turut menyumbangkan ketenangan hatiku, memberikanku idea untuk melakukan sesuatu.
Lantas aku menyambar tetikus A4Tech yg berada di hadapanku, lalu kugunakannya untuk membawa aku ke laman web Blogger yang sedang ditunjukkan di paparan skrin monitor bersaiz 17 inci ini. Ikon 'Add Post' diklik, lalu laman ini dipaparkan.
Dengan tidak lengah-lengah lagi aku menggunakan setiap otot jari jemariku untuk menekan kekunci-kekunci yang setiap satunya ditanda dengan simbol dan huruf, untuk menaip setiap karakter yang mempunyai pelbagai jenis bentuk untuk menghasilkan satu perkataan, dan gabungan berpuluh2 perkataan menjadi ayat, dan ayat-ayat tersebut dengan secara langsungnya memberikan gambaran apa yang hendak kusampaikan kepada kamu semua. Akhirnya satu post telah dihasilkan atas gembeleng tenaga aku curahkan ke atas keyboard Logitechku ini.
Azusagawa Tsukino comel. Sila google atau wiki utk mengetahui siapakah dia dengan lebih lanjut.





<< Home